Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan kerjasama UniSHAMS dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah UniSHAMS. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran al-Karim.
Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Bagi peserta yang langsung tidak boleh membaca al-Quran, peringkat ini amat sesuai kerana peserta akan diajar bermula dari mengenal huruf dan mengeja. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti tempat hukum tajwid dalam bacaan. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada ilmu Tajwid yang akan mendedahkan peserta dengan lebih mendalam juga termasuk hafazan surah-surah lazim. Sepanjang program ini, peserta akan diajar dan dibimbing secara praktikal beserta latihan-latihannya.
Nota pengajaran disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan kelancaran bacaan al-Quran di samping mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu Tajwid pada masa yang sama.
Memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran, makhraj dan sifat-sifatnya yang betul, hukum -hukum tajwid Al-Quran serta ilmu Tarannum Al-Quran kepada masyarakat awam.Membimbing masyarakat membaca Al-Quran dengan fasih dan betul.
Kursus ini ditawarkan dalam 3 Peringkat (Peringkat 1, Peringkat 2 dan Peringkat 3) yang berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengukut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama 6 bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Pengajian dikira mengikut sistem modular iaitu 32 jam bagi setiap modul. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.
Peringkat I - Sijil Asas Kemahiran al-Quran
Peserta didedahkan dengan gabungan -gabungan huruf yang membentuk kalimah atau perkataan beserta dengan hukum-hukum asas seperti mad, idgham, izhar, dengung (ghunnah) dan lain-lain hukum asas.
Kesinambungan Modul 1 dan Modul 2. Peserta akan didedahkan dengan kalimah - kalimah al-Quran yang menbentuk ayat-ayat untuk dipraktikkan.
Peringkat II - Sijil Kemahiran al-Quran
Peserta dibimbing mempraktikkan bacaan pada surah-surah pendek dan panjang untuk memantapkan penguasaan bacaan mereka.
Peringkat III - Sijil Tajwid al-Quran
Peserta didedahkan dengan tajwid teori dan dilatih tubi dengan bacaan betul mengikut hukum-hukum tajwid secara mendalam.
Kursus dijalankan secara separuh masa selama enam (6) bulan bagi setiap peringkat iaitu 96 jam kuliah keseluruhannya.
Tempat Kuliah : UniSHAMS
Masa Kuliah : Sabtu (8.30 pg - 12.30 Tgh)
Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)
*Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
* Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.
Mei dan Oktober
Yuran bagi setiap peringkat adalah RM 1500.00 dan pecahan yuran adalah seperti berikut :
Yuran Pendaftaran : RM 50
Yuran Pengajian : RM 1450*
Caj GST 0%
*Termasuk nota kursus
Pembayaran Secara Ansuran
Keterangan | Jumlah |
Pendaftaran | 50 |
Ansuran 1 |
450 |
Ansuran 2 | 500.00 |
Ansuran 3 | 500.00 |
Jumlah Keseluruhan | 1500.00 |