Kursus Pengajian Syariah

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan kerjasama UniSHAMS dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari UniSHAMS.

Objektif

Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Syariah kepada masyarakat awam.

Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Syariah.

Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.

Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama dalam soal yang berhubung dengan Syariah.

Struktur Kursus

Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan Modul 1. Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan dianugerahkan sijil kursus.

Modul 1

  • Pengantar Kepada Syariat Islam
    Membincangkan tentang konsep Syariah dan istilah yang berkaitan, ciri-ciri dan sumber Syariah, perbahasan ilmu Fiqh Islam, sejarah perkembangan mazhab dan juga perkembangan Syariah sehingga kini.
  • Pengajian Al-Quran
    Membincangkan tentang nuzul Al-Quran, sejarah pengumpulan Al-Quran, kehujahannya, pendalilan Al-Quran terhadap hukum serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  • Pengajian Al-Sunnah
    Membincangkan tentang konsep Al-Sunnah pada zaman Sahabat dan Tabi'in, penulisan al-Sunnah, tokoh dan karyanya serta kaedah-kaedah kawalan ketulenan Al-Sunnah.
  • Amalan Ijtihad
    Huraian tentang konsep dan peranan ijtihad dan Syariat Islam, sejarah pengamalan dan pengabaiannya di sepanjang zaman dan juga perbincangan tentang ijtihad kontemporari.

Modul 2

  • Sistem Ibadat Islam
    Huraian tentang konsep ibadat secara umum, perbezaan antara ibadat dan upacara, syarat-syarat ibadat diterima dan ciri-ciri asas ibadat serta bahagian-bahagian ibadat secara khusus.
  • Sistem Kekeluargaan Islam
    Huraian tentang konsep kekeluargaan Islam yang merangkumi persoalan hukum, rukun, syarat-syarat dalam perkahwinan dan penceraian. Ia juga akan membincangkan hak dan kewajipan suami, isteri dan anak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  • Sistem Jenayah Islam
    Huraian tentang konsep jenayah dalam Islam, asas-asas pembentukannya, unsur-unsur jenayah dan pembahagiannya kepada hudud, qisas dan takzir serta hukuman yang dikenakan bagi setiap bahagian berkenaan serta beberapa pengecualian daripada tanggungjawab jenayah.
  • Sistem Muamalat Islam
    Huraian tentang perkara asas dalam sistem Muamalat Islam terutama yang berkaitan dengan hukum Kontrak Islam, huraian tentang beberapa kontrak penama dalam Fiqh Islam seperti jualbeli, musyarakah, aspek larangan dalam muamalat seperti riba dan gharar.

Modul 3

  • Syariat Islam dan Masyarakat Malaysia
    Huraian tentang persoalan masyarakat Islam dan strukturnya secara umum dan aplikasi hukum Islam dalam realiti masyarakat Malaysia serta persoalan cabaran hukum Islam terhadap perubahan masyarakat hari ini.
  • Sistem Politik Islam
    Huraian tentang konsep politik Islam, dalil-dalil, sejarah dan penulisan berkaitan konsep kenegaraan, prinsip-prinsip pemerintahan Islam serta kedudukan badan-badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
  • Sistem Pengadilan Islam
    Huraian tentang konsep pengadilan dan kehakiman, kelayakan dan kedudukan serta pelantikan Hakim, bidang kuasa kehakiman. etika seorang Hakim dan prosedur peletakan jawatan Hakim.
  • Pentadbiran Syariat Islam di Malaysia
    Huraian tentang sejarah perundangan Islam, hubungannya dengan Perlembagaan Persekutuan, pengkanunan undang-undang Syariah dalam bidang Mal dan Jenayah dan beberapa institusi yang berkaitan yang mentadbir Syariat Islam di negara ini.
Jadual Program

Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tempat Kuliah : UniSHAMS
Masa Kuliah : Sabtu (8.30 pagi - 10.30 pagi)

Kaedah Penilaian
  • Peperiksaan : 100%
  • Peperiksaan akan diadakan bagi setiap modul.
Syarat Kemasukan

Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)

*Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.

Jadual Pengambilan

Mei dan Oktober

Yuran Pengajian

Yuran bagi setiap modul adalah RM 420.00 dan pecahan yuran adalah seperti berikut :

Yuran RM 420
Caj GST 0%.
*Termasuk nota kursus.

Jadual Pembayaran Ansuran

Keterangan Jumlah
Pendaftaran
Ansuran 1
220.00
Ansuran 2 200.00
Jumlah Keseluruhan 420.00

 

Location

Contact Info

Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pengantarabangsaan (PSHA)

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel : 04 4155017

Follow Us