Kursus Pengajian Usuluddin

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan kerjasama UniSHAMS dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari UniSHAMS.

Objektif

Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Usuluddin kepada masyarakat awam.

Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam disiplin pengajian Usuluddin. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.

Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama dalam soal yang berhubung dengan Usuluddin.

 

Struktur Kursus

Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan Modul 1. Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan dianugerahkan sijil kursus.

Modul 1

  • Asas Akidah 
    Huraian tentang konsep asas dalam akidah Islam yang merangkumi konsep tauhid, nubuwah dan ahli sunnah wa al-jama'ah serta hubungan di antara akidah dan syariah.
  • Pengajian Tafsir
    Huraian tentang pengajian tafsir al-Quran yang merangkumi definisi tafsir, bentuk-bentuk tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran ayat-ayat al-Quran dan pembahagiannya kepada aliran-aliran seperti al-Ma'thur dan al-Ra'y.
  • Pengajian Hadis
    Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan peranan al-Hadith dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan, pembukuan al-Hadith dan Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya serta metode-metode periwayatan al-Hadith dan adab-adabnya.
  • Sirah Rasulullah
    Huraian tentang sirah Rasulullah bermula dari kebangkitan baginda sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda serta kesan dan bentuk teladan yang boleh diaplikasikan oleh setiap individu muslim atau lebih dikenali sebagai fiqh al-sirah.

Modul 2

  • Sistem Ibadat Islam
    Huraian tentang konsep ibadat secara umum, perbezaan antara ibadat dan upacara, syarat-syarat ibadat diterima dan ciri-ciri asas ibadat serta bahagian-bahagian ibadat secara khusus.
  • Akhlak Islam
    Huraian tentang konsep akhlak yang berintipatikan al-Quran dan al-Sunnah serta akhlak Rasulullah s.a.w sebagai suatu sistem dan budaya hidup kepada pembinaan masyarakat Islam yang cemerlang.
  • Asas Dakwah
    Huraian tentang isu-isu dasar di dalam dakwah khususnya melibatkan hukum berdakwah, metode dan peringkat dakwah serta pendekatan dakwah dalam masyarakat di Malaysia.
  • Asas Akidah II
    Huraian terhadap beberapa bahagian penting dalam perihal akidah yang merangkumi konsep Sifat-sifat Allah, al-Nubuwwah, al-Risalah, al-Qada' dan al-Qadar berdasarkan pandangan para ulama' Salaf dan Khalaf.

Modul 3

  • Tasawuf
    Huraian tentang konsep tasawuf berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, tasawuf yang bersifat falsafah, perkembangan tariqah sufi dan faktor-faktor yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada berlakuya penyelewengan tasawuf.
  • Perbandingan Agama
    Huraian merangkumi aspek keagamaan dalam masyarakat pelbagai etnik dan agama yang merangkumi falsafah ketuhanan, sumber hukum, syariat dan sosio-budaya suatu bangsa serta agama.
  • Aliran Pemikiran Islam
    Huraian tentang aliran pemikiran Islam yang merangkumi sejarah gerakan pemikiran Islam seperti aliran Tradisionalis, Modenis, Reformis, Tajdid dan Sekularis dan Adab al-Ikhtilaf serta fenomena pelampau agama.
  • Falsafah Islam
    Huraian merangkumi sejarah dan definisi falsafah Islam, tokoh-tokoh falsafah Islam dan pandangan mereka, beberapa persoalan pokok di dalam falsafah Islam seperti teori ilmu pengetahuan, ketuhanan, alam tabi'e, akhlak, politik, kemasyarakatan dan perbandingan dengan falsafah Yunani.
Jadual Program

Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu 32 jam kuliah keseluruhannya.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tempat Kuliah : UniSHAMS
Masa Kuliah : Sabtu (08.30 Pagi - 10.30 Pagi)

Kaedah Penilaian
  • Peperiksaan : 100%
  • Peperiksaan akan diadakan bagi setiap modul.
Syarat Kemasukan

Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)

*Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.

Jadual Pengambilan

Mei dan Oktober

Yuran Pengajian

Yuran bagi setiap modul adalah RM 420.00 dan pecahan yuran adalah seperti berikut :

Yuran RM 420
Caj GST 0%.
*Termasuk nota kursus.

Jadual Pembayaran Ansuran

Keterangan Jumlah
Pendaftaran
Ansuran 1
220.00
Ansuran 2 200.00
Jumlah Keseluruhan 420.00

 

Location

Contact Info

Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pengantarabangsaan (PSHA)

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel : 04 4155017

Follow Us